Jumaat, 19 Oktober 2012

Pajeri Terung

     Selama bergelar isteri ni belum pernah lagi masak pejeri terung atau nenas sebabnya saya bukan penggemar pajeri makanya tak lah wajib untuk belajar masak tapi pajeri adalah kegemaran en tayang terutama sekali  pajeri terung, Selalunya Kat umah MIL hanya tolong kacau2 je  bila mak mentua masak pajeri tak pernah pun  nak tahu masaknya macam mana  Tapi sampi bila tak nak belajar. Semalam beli terung kat pasar  ingatkan nak masak terung sambal tu memang favorite saya  Kesian pula kat tayang makanan kegemaran dia ,tak nak pula  masak,  Dengan gigihnya google cari resepi pajeri terung , Balik  semalam belilah kerisik itu yang penting kat dalam peti ais  memang dah ada kelapa parut  ingatkan nak buat sendiri je kerisik. Tapi memikirkan masa, tak  jadi, beli je. Senang jimat masa 

     pertama kali buat terus jadi sangat sedap ok. Kuahnya  lepas ni boleh buat lagi  Kat sini saya nak kongsi resepi yang saya dapat 





  *terung belah 2
  *bawang merah agak2 sahaja
  *bawang putih
  *halia 
 ni semua di tumbuk kalau tak tumbuk atau kisar pun tak apa  kat rumah saya semua bahan tu dah sedia di kisar untuk stok seminggu
* bunga lawang * kayu manis kat rumah saya ada 2 jenis ni je  yang ada
* cili mesin 2 sudu ikut kepedasan
*rempah kari 2 atau 3 sudu letak air kacau tengok banyak mana  kuah yang nak di buat  
 * asam keping atau asam jawa 
 * santan kalau sikit tambah air, kelapa yang saya simpan kat peti ais dan berbau terpaksa guna susu anis susu sustagen.
 * kerisik satu sudu  * udang kering di tumbuk 
cara-cara
 *mula2   goreng terung sampai kekuningan tak goreng pun tak apa.
*tumis semua bahan yang dikisar tadi.  Masukkan bunga lawang, kayu manis bila dah naik bau masukkan cili mesin tadi, masukkan rempah kali kacau sampai pecah minyak masukkan terung kacau sebentar.
Masukkan santan, air asam jawa sikit, kerisik  udang kering  garam sikit kacau  dan rasa . Tunggu sebentar sampai kuahnya pekat  rasa terungnya nak lembik baru di hidangkan siap.  
ok siap pasti sedap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan