Khamis, 29 November 2012

Hot Spring @ Family

 
Selamat pagi. ni masa 2 minggu lepas baru balik dari taiping. Jauhnya taiping dari klang. pergi rumah pengantin. sampai duduk sekejap terus balik. Masa dalam perjalanan balik singgah hot spring kat sungkai. Tempat ni memang saya dah biasa pergi. Bawa mak abah mereka tak pernah sampai ke sini.

 

Ni tempat jalan kaki. Kepanasan boleh pilih sendiri nak panas @ sejuk.
 

Ni pula untuk merebus telur tahap kepanasan 100c. telur boleh bawa sendiri dari rumah atau beli kat situ.
 



 


Kalau berani celuplah tangan kat dalam tu. Mahunya melecur tahap maksima
 
Kami 1 family semua pakai baju kurung. maklumlah baru balik dari kenduri kahwin. Tak plan pun nak datang sini.


Hanya budak berdua ni je yang mandi sakan, Kami lihat je.


Ni waktu nak balik. lalu di laluan jambatan kat sini memang asap penuh. sebabnya kat sini puncanya air panas. Memang bau macam telur je bila lalu kat situ.
Nanti kita datang laginya tayang. Sebabnya rumah mak awak dekat je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan