Rabu, 6 Februari 2013

Hari Gotong Royong@ Sukan

Selamat Pagi rajinnya pagi2 ahad bangun pagi2 bergotong royong bersama jiran tetangga. Lepas tu ada pula sukan untuk kanak2. Motif utama nak masukkan anis join sukan tu hadiah tupperware air, Tu yang membuatkan ku termimpi2. Tibalah waktunya datang pagi2, budak2 memulakan acara sukan semua pertandingan makan, Makan kek, makan ais krim, makan roti canai, Anis kena makan kek 2 biji  kecil je kek tu. Tiba saat nak beratur anis dah start keluar air mata takut ibunya hilang, Last2 kesian kat dia cakap tak payahlah masuk tengok jelah.

Ni budak2 dah besar mungkin umur 9-12 tahun


Ni time anis tapi dia dah nangis nak buat macam mana,

Siap sukan sarapan kat situ sekali makcik2 kakak2 dah mulakan bergotong-royong sapu2 sampah kat taman tu. Yang saya pula malas, Ambil keputusan balik cakap kat diorang gotong-royong depan rumah sahaja.
Balik rumah ayah tanya dengan anis sukan apa tadi menang ke tidak. Boleh anis jawapan jangan tanya diam.Tak pelah ayah cakap lepas ni kita pergi taman burung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan