Sabtu, 8 Jun 2013

2 in 1

 
Salam semuanya hari ni baru sempat nak bercerita, Memandangkan saya sibuk je memanjang cuti sekolah ni, Melayan anak dara sorang ni. Sekarang dia tengah demam langsung tak boleh buat apa. Hari ni pergi hospital umra ingatkan nak scan biasa saja dah 32 minggu doktor sarankan buat 3d 4d kalau ada apa2 masalah pihak hospital tak tanggung . Orang kat klinik umrah jangan cakaplah ramai kami sampai pukul 11.30 tengahari doktor panggil pukul 1 petang. Demi nak lihat muka baby ibu sanggup tunggu dengan perut laparnya. Tapi baby tak nak tunjuk muka sepenuhnya baby tuinjuk separuh muka sahaja. Jenuh doktor goyang2 kan perut supaya tangannya boleh beralih tapi doktor pun mengalah ni je yang boleh di tunjukkan. Fizikal baby semuanya normal alhamdulillah tapi gender sahaja yang membuatkan kami terkejut, Sebelum ni scan masa 6 bulan doktor klinik umrah kata lain. Tapi dia awal2 bagitau ni tak comform kalau salah jangan salahkan doktor tu. Lepas tu scan kat klinik satu lagi pun gender yang sama, Tapi nasib baik hati berkata doktor salah ni dan shopping pun beli baju warna yang selamat semuanya. Ni dah tahu gender  masa scan 3d memang nampak tayang cakap cukup bulan ni kena beli sikit lagi lah baju baby.
 
Dalam masa menunggu nak jumpa doktor tu cakap dengan tayang pergi kedai one baby world nak beli breastpump memang dah lama nak beli,tapi takut doktor panggil nasib baik ada kedai nursing @ mom tak silap saya lah sama baris dengan klinik umrah. Masuk kedai tu ada pula breast pump Unimom mezzo nak beli breastpump manual  dan murah je, saya kan dah jadi suri rumah sepenuh masa. Tak tahulah lepas bersalin nanti.
 



Ni lah dia breastpumpnya saya dah google kat internet ramai yang cakap ok guna yang ni. Saya belum tahu lagi ok ke tidak tunggu baby keluar nanti. Saya akan ceritakan berjaya ke tidak menggunakan breastpump unimom.
Harganya rm99, saya pernah lihat kat fb ada orang jual rm100 sekali pos laju mesti dia dapat lagi murah  harganya. Sekarang ni saya masih berfikir nak beli cooller bag satu set ke tidak.


1 ulasan:

  1. saya hanya guna anakku breastpump manual je..senang x sakit setakat ni dah 3 set saya guna. termasuk masa anak pertama. ok je murah je..

    BalasPadam