Isnin, 3 Disember 2012

Gatal Perut Ketika Hamil


Hari ni nak bercerita pasal stretch mark yang dialami oleh sesetengah ibu mengandung. Bila perut semakin membesar gelaja gatal mulalah terjadi, Kadang2 tu merenyam- renyam. Kalau boleh nak garu dengan sikat rambut baru terasa puas. Kandungan saya dah masuk 5 minggu saya dah mula sapu Johnson Baby Oil. Sejak anak pertama lagi dah guna baby oil maklumlah 4 tahun lepas belum ada internet di rumah so maklumat tentang stretch mark ni kurang , apa yang ada dirumah pakai je . 
Tapi sekarang bermacam macam jenis losyen yang ada di pasaran jom kita lihat 


Bio Oil biasa tengoh dalam tv je. Tapi tak pernah guna 



Ni pun belum pernah guna 

Dari dulu hingga sekarang saya guna Johnson Baby Oil sangat berpuas hati 


Sabtu, 1 Disember 2012

Rezeki Kali Ke2

 
Salam semua. Sekarang kita dah masuk bulan  Dec rasa sekejap je masa berlalu. Tapi hari ni nak kongsi berita gembira. Rezeki yang sangat berharga buat kami suami isteri. Saya telah mengandung dan anis akan menjadi seorang kakak. Syukur kepadamu . 
 

Jumaat, 30 November 2012

Baju The poplook

 
 
Selamat pagi semua, Sekarang ni kat fb ramai orang bercerita tentang poplook, Saya pun termasuklah sekali golongan2 yang taksub dengan baju poplook ni. Tanpa melengahkan masa saya pun orderlah baju ni dengan harga rm69. Baju2 dari poplook ni sekejap je habis macampisang goreng. Semalam baru dapat. Badan ok. Tapi panjang kena potong. Nanti kalau dah potong saya tayang kat sininya .
 
 

Khamis, 29 November 2012

Cari Almari untuk Anis

 
Malam tadi cari almari untuk anis. Tahun depan nak sekolah haruslah ada almari sendiri yang boleh baju untuk digantung. Sebelum ni hanya letak dalam laci sahaja. dah pernah cari kat tesco harga dalam rm70 tapi  1 warna sahaja. Tak berkenan pula. malam tadi ajak ayah pergi kedai biasa apek, ada almari corak macam di bawa ni. Anis mestilah berkenan color pink tu. Belilah lagi pun dah dapat gaji. Tanya perobot lain terbeli pula katil. Lebatlah keluar duit untuk bulan ni.
 


Hot Spring @ Family

 
Selamat pagi. ni masa 2 minggu lepas baru balik dari taiping. Jauhnya taiping dari klang. pergi rumah pengantin. sampai duduk sekejap terus balik. Masa dalam perjalanan balik singgah hot spring kat sungkai. Tempat ni memang saya dah biasa pergi. Bawa mak abah mereka tak pernah sampai ke sini.

 

Ni tempat jalan kaki. Kepanasan boleh pilih sendiri nak panas @ sejuk.
 

Ni pula untuk merebus telur tahap kepanasan 100c. telur boleh bawa sendiri dari rumah atau beli kat situ.
 



 


Kalau berani celuplah tangan kat dalam tu. Mahunya melecur tahap maksima
 
Kami 1 family semua pakai baju kurung. maklumlah baru balik dari kenduri kahwin. Tak plan pun nak datang sini.


Hanya budak berdua ni je yang mandi sakan, Kami lihat je.


Ni waktu nak balik. lalu di laluan jambatan kat sini memang asap penuh. sebabnya kat sini puncanya air panas. Memang bau macam telur je bila lalu kat situ.
Nanti kita datang laginya tayang. Sebabnya rumah mak awak dekat je.

Isnin, 26 November 2012

Makan Bersama Family

 
Selamat Pagi. Malam minggu lepas adik belanja family makan di medan ikan bakar jeram. Dekat je dengan rumah 15 minit dah boleh sampai. Booking dulu 2 hari takut malam minggu ramai orang. Sekali pergi memang ramai gilalah. Order pun yang simple je takut tak habis tukan pembaziran namanya. Kami order kerapu 3 rasa . udang batter.tomyam, suo campur ni untuk budak2 dan lala masak sambal. Sedap dan murah.
 
 
 


 
 
Ni dah siap makan. Opah kena pegang cucu, ibunya nak makan


Ai lah melantak ikan kerapu sampai licin

Khamis, 22 November 2012

Irma hasmie @ suami ,Noorkhairiah @ family

     pagi ni kita jamu mata dengan kebahagian irma Hasmie bersama dengan suami tercinta , sangat sweet, manis dan ayu  Suka tengok irma sejak dia pakai tudung dan sekarang telah berkahwin. Ditambah pula dengan seri ibu mengandung.  






     Terjumpa pula gambar norkhiriah bersama keluarganya dalam blog beutifulnara. Terbayanglah kalau ada anak lelaki nak pakaikan  dengan jubah putih macam anak norkhairiah pakai. Sangat jauh imiginasi ku. Sangat suka dengan norkhairiah ni low profile.