Sebelum ni scan di klinik kesihatan doktor cakap kandungan masih songsang. Nanti baby akan berpusing kena tunggu kandungan 8 bulan kalau masih songsang kena reper pada hospital minta- minta baby duduk pada laluan yang betul. Sekarang ni masih berfikir nak bersalin di mana kalau nak bersalin di hospital swasta saya pula dah berhenti kerja banyak nak guna duit.Kalau boleh nak merasa juga bersalin dihospital swasta dulu, bersalin dihospital kerajaan ok je walaupun orang cakap hospital klang tak best , nurse garanglah tapi semuanya ikut nasib dan kena tahan telinga. Nak bersalin di hopital sungai buloh jauh lah pula tapi suami boleh tengok isteri bersalin, Orang kata pesakit kat hospital sungai buloh ramai sangat semuanya yang sakit pergi situ dari kuala selangor,tanjung karang. Walaupun sama je dengan hospital klang jarak jauhnya . Nak bersalin di hospital tanjung karang suami boleh tengok ke isteri bersalin, hospital ni lah yang paling dekat, Nak pergi hospital umra shah alam buatnya sakit waktu pagi atau petang semasa orang lain sibuk nak pergi kerja maunya terberanak dalam kereta laluan tu memang sibuk pada waktu pagi dan petang.
Tengah pening nak bersalin di mana, Sekarang ni hanya berdoa berserah sahaja.Semoga semuanya selamat dan di permudahkan
Sabtu, 27 April 2013
Jumaat, 26 April 2013
Hospital Umra
Ada pergi hospital umra ingatkan nak buat 3d 4d tapi rasa masa tu terlampau awal, Buat scan nak tahu jantina baby boleh tanya sekali macam mana nak bersalin di sana. Disitu tak payah nak booking Prosedurnya 3 kali buat appointment dah boleh bersalin di situ. Keadaan dalam hospital pun selesa luas. Sekarang masih berkira- kira nak bersalin dimana. Di sini saya sertakan harga terkini package bersalin di hospital umra maafnya gambar kurang cantik. Kalau nak lagi terang klik pada gambar
Check-up Klinik Kesihatan
Alhamdulillah semalam pergi check-up kandungan semuanya ok berat badan tak naik banyak hb ok 12.1 walaupun kandungan dah 26 minggu kalau nak di bandingkan dengan kandungan pertama dulu darah kurang je.Jumpa doktor buat scan doktor tanya jantina baby dah tahu ke, saya pun jawablah doktor boleh nampak ke. Doktor jawab nanti saya lihat kalau tak nampak maknanya perempuan kalau ada nampak maknanya lelaki. Sekali tu doktor jumpa ha tu dia dah jumpa ,Sebelum ni ada pergi hospital umra kat shah alam untuk scan 3d 4d tapi masa tu dah lewat saya buat scan 2d je. dan tanya jantina baby doktor cakap jantina yang sama juga, Tapi tak berapa pasti doktor suruh datang balik. Semalam doktor kk cakap jantina yang sama. Lepas ni boleh lah beli baju baby ikut jantina.Minggu lepas pergi expo pureen pun beli baju warna yang selamat, Sebabynya masa tu tak berapa confident. Alhamdulillah lelaki perempuan tak kisah janji sihat. 9.5.13 repeat minum air gula untuk kandungan 7 bulan itu yang tak selamat lagi.
LELAKI OR PEREMPUAN TUNGGU
LELAKI OR PEREMPUAN TUNGGU
Isnin, 22 April 2013
Bershopping Di Expo Purren
Kandungan dah masuk 6 bulan lebih baru nak beli barang barang baby.Filling tu tak macam anak pertama dulu awal-awal dah beli baju,Time ni pula tak de nak membeli sangat tak tahulah kenapa. Sempena expo pureen semalam kami pergilah juga sebelum tu dah servey2 harga dulu buat list apa yang nak beli , ni lah hasil rembatan semalam. pergi hari ahad pilihan baju yang cantik2 dah tak banyak.Yang tak ada dalam gambar botol susu anis , dengan sabun badan anis pureen. Jom saya listkan barang apa yang saya beli dengan harganya sekali
Pampers pureen 66pcs- rm24
maternity pad -rm9.00
Botol susu -rm5.00
puting rm5.00
sarung tangan @ kaki -rm5.00
pureen sampoo- rm10
storage bottol 3 pcs-rm15
towel-rm12
blanket - rm15
nursing bra-rm lupa
baju sepasang rm8-rm12
baju sahaja rm3.00
kelambu rm15
total semuanya rm199
bulan depan kita pakat2 pergi expo mid valley pula nya. kali ni nak cari breastpump pula mana tau ada harga lagi murah dari online
Khamis, 18 April 2013
Tikar Getah
Sekarang ni rasa bermusim pula pakai tikar getah ni,Ramai orang jual kat pasar , kat kedai carpet pun banyak orang jual tikar getah ni.Selalunya jumpa yang corak katun hari ni saya nak jual corak plain import dari sabah sesuai untuk ruang tamu atau dalam bilik.Tikar ni pun tak meresap air, Kalau air tumpah ia akan bertakung kat atas tikar dan kita tinggal lap kan je. Saya jual tikar ni rm35 sahaja.cod area kuala selangor dan klang
ni contoh lebar dan panjang tikar
Isnin, 15 April 2013
BerMulalah
Salam semua. Hari ni isnin 16.4.2013 bermulalah perjalanan kehidupan ku sebagai surirumah sepenuh masa. Melayan anak pergi dan balik sekolah menyediakan makan minum suami bila dia pulang balik kerja. Mengemas rumah, membuat kerja rumah yang tak pernah habis. Perasaan ku tak dapat aku nak ungkapkan 50% peratus rasa suka lepas tekanan kerja yang ku tanggung selama ini, 50% peratus lagi. Memikirkan kewangan boleh atau tidak tayang control tahap perbelanjaan untuk kami sekeluarga. Selama kami hidup bersama aku yang membantu dia. Tapi aku percaya rezeki ada di mana-mana.
Sabtu, 13 April 2013
Kuah Rojak Lagi
Selamat petang hari ni nak tunjukkan lagi kuah rojak yang baru siap dimasak. Tempahan dari kawan-kawan. kalau ada yang ingin cuba dan rasa boleh email saya
Langgan:
Catatan (Atom)


