Sabtu, 27 April 2013

Hospital Mana Nak Bersalin

Sebelum ni scan di klinik kesihatan doktor cakap kandungan masih songsang. Nanti baby akan berpusing kena tunggu kandungan 8 bulan kalau masih songsang kena reper pada hospital minta- minta baby duduk pada laluan yang betul. Sekarang ni masih berfikir nak bersalin di mana kalau nak bersalin di hospital swasta saya pula dah berhenti kerja banyak nak guna duit.Kalau boleh nak merasa juga bersalin dihospital swasta dulu, bersalin dihospital kerajaan ok je walaupun orang cakap hospital klang tak best , nurse garanglah tapi semuanya ikut nasib dan kena tahan telinga. Nak bersalin di hopital sungai buloh jauh lah pula tapi suami boleh tengok isteri bersalin, Orang kata pesakit kat hospital sungai buloh ramai sangat semuanya yang sakit pergi situ dari kuala selangor,tanjung karang. Walaupun sama je dengan hospital klang jarak jauhnya . Nak bersalin di hospital tanjung karang suami boleh tengok ke isteri bersalin, hospital ni lah yang paling dekat, Nak pergi hospital umra shah alam buatnya sakit waktu pagi atau petang semasa orang lain sibuk nak pergi kerja maunya terberanak dalam kereta laluan tu memang sibuk pada waktu pagi dan petang.
 Tengah pening nak bersalin di mana, Sekarang ni hanya berdoa berserah sahaja.Semoga semuanya selamat dan di permudahkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan