Selasa, 26 Mac 2013
Surat Berhenti Kerja
Salam semuanya, Tinggal berapa hari lagi. aku akan meninggalkan office rasa tak sabar, sayu pun ada. Rasa nak ambil balik surat resign yang dah bagi pada bos. 3,4 minggu yang lalu. Hati ini macam terpaksa sahaja. Nak meninggalkan semuanya gaji bulanan kawan-kawan tapi memikirkan hal keluarga hal anis nak pergi sekolah aku dengan rela hati meninggalkan semuanya. Mungkin ini bukab rezeki ku. Mungkin di tempat lain rezeki aku ada insyallah. Sepatutnya aku last 12.4.2013 Semangat nak bercuti awal memuncak2. Lepas ni aku tak tahu lagi nak buat apa mungkin tunggu baby lahir dulu baru aku cari kerja lain
Sabtu, 23 Mac 2013
Tukar Getah Seluar
Hari ni sempat tukar getah seluar yang dah tak muat sayang tak pakai, Lebih baik tukar getah boleh juga mak buyung pakai. Jom kita kongsi ilmu untuk tukar getah seluar
Mula- mula mesti lah ada getah seluar yang dah diukur pada pinggang kita nak ketat mana. Saya ukur tak ketat pun sebab perut nanti bertambah besar.
Nilah seluarnya dah ditetaskan getah yang lama, dan digosok mengikut lebar ukuran getah yang baru. Lepas tu kita jahit guna benang yang sama warna dengan kain, Jahit jangan sampai habis sebab nak masukkan getah
Cara nak masukkan getah dalam seluar, Ambil pin cucukkan pada getah sepaya senang nak tarik getah tu pada dalam seluar.
Masukkan getah pada seluar. Tarik pin tadi automatik getah akan terikut sekali.
Bila dah sampai kepenghujung temukan macam dalam gambar
Temukan juga jahitan yang pertama tadi. Dan baru dijahit pada line tengah.
Selamat mencuba
Selasa, 19 Mac 2013
Tillam Dah Siap
Alhamdulillah tilam baby dah siap, Jenuh juga nak siapkan. Tapi bila dah siap baby lain pun yang rasmikan dulu.
Ahad, 17 Mac 2013
Kain Pasang Murah
Jom hari ni kita layan kain pasang yang telah saya upload ni.Boleh dipakai masa raya raya nanti. Semua kain pasang ni sepasang Rm40 ringgit sahaja. Sesiapa nak order boleh sms saya ni no
017-281 2432 atau pun email saya anis.norizaidah@gmail.com
Jual- jual kain pasang sapa cepat dia dapat
Sabtu, 16 Mac 2013
Cloth Diaper
Salam cuti hari sabtu pada sesiapa yang bercuti hari ni, Pagi ni nak berkogsi cloth diapers yang saya telah beli pada bulan lepas, Baru kandungan 4 bulan lebih dah menggatal nak beli.Ni lah dinamakan nafsu ibu mengandung semua cantik semua nak beli. Saya beli pada mumsluvbaby harganya pun berpatutan lah, Cadangnya lepas bersalin nak berjimat tak nak beli pempers. Saya pun dah letak surat berhenti kerja akhir bulan ni last. Pasal perletakkan jawatan ni nanti saya cerita dilain hari. Hari ni nak tunjukkan cloth diaper sahaja.
Khamis, 14 Mac 2013
Shopping Online
Alhamdulillah kandungan dah masuk 5 bulan. Sekarang nafsu untuk bershopping semakin manjadi-jadi, Tapi kena berjimat cermat. Sekarang ni hanya ursha2 bandingkan harga yang mana satu lebih murah yang mana ada sales, nanti bila nak beli senang tak payah nak pening-pening. Hari ni nak share bersama tempat online yang biasa saya jejak. Dulu masa anis saya selalu beli kat di sini. Kat sini hanya jual baju2 sahaja. Dulu masa anis belum lahir internet kat rumah tak ada, Kat office kena block. Tapi sekarang tidak lagi dimana-mana semuanya ada internet, kalau masa free tu rajinlah lihat2 online yang jual barang baby. Lepas tu bandingkan harga kat kedai mana lagi murah, Kalau kat online beli je kat online, Kalau kat kedai lagi murah beli je kat kedai, kuasa pembeli ditangan anda.
Daripada hanya nak ursha2 je harga ada juga terbeli awal, nanti2 saya tunjukkan barang yang saya dah terbeli.
Blog ni pun saya dah order barang. Kat situ boleh buat bayaran insuran. Kalau nak beli breastpum yang beratus2 ringgit bolehlah buat bayar insuran kat blog dia.Saya beli juga breastpum tapi yang murah je.dengan set bersalin shaklee dan juga bengkung tu pun dah beratus ringgit. Tapi nasib bayar insuran tak terasa sangat
Ok jom kita lihat shopping online yang menjual barang baby
SELAMAT MENJAMU MATA SEMUANYA
Rabu, 13 Mac 2013
Tilam Kekabu
Alhamdullilah jadi juga tilam baby ku ni dalam pembikinan hari sabtu hari tu buat siap semuanya tilam dengan bantal. Nanti saya akan kongsikan gambar bersama
Langgan:
Catatan (Atom)








