Rabu, 12 Jun 2013

Bagan Lalang

 
 
Berjalan ke bagan lalang kita ye dengan kandungan dah 8 bulan, Ni masa balik kenduri kawan tayang rumahnya dengan pantai morib, Sebelum singgah kenduri kahwin pergi dulu pantai morib. Lepas pergi kenduri kahwin kawan2 tayang ajak ke bagan lalang ikut jelah. Maaf gambar kat kenduri kahwin tak ambil pun. 
 
 
 
 
Kalau ikut permintaan anis dia nak mandi, Tapi tengok airnya tak lalu pun. Main kat tepi2 pantai sahaja

Sabtu, 8 Jun 2013

2 in 1

 
Salam semuanya hari ni baru sempat nak bercerita, Memandangkan saya sibuk je memanjang cuti sekolah ni, Melayan anak dara sorang ni. Sekarang dia tengah demam langsung tak boleh buat apa. Hari ni pergi hospital umra ingatkan nak scan biasa saja dah 32 minggu doktor sarankan buat 3d 4d kalau ada apa2 masalah pihak hospital tak tanggung . Orang kat klinik umrah jangan cakaplah ramai kami sampai pukul 11.30 tengahari doktor panggil pukul 1 petang. Demi nak lihat muka baby ibu sanggup tunggu dengan perut laparnya. Tapi baby tak nak tunjuk muka sepenuhnya baby tuinjuk separuh muka sahaja. Jenuh doktor goyang2 kan perut supaya tangannya boleh beralih tapi doktor pun mengalah ni je yang boleh di tunjukkan. Fizikal baby semuanya normal alhamdulillah tapi gender sahaja yang membuatkan kami terkejut, Sebelum ni scan masa 6 bulan doktor klinik umrah kata lain. Tapi dia awal2 bagitau ni tak comform kalau salah jangan salahkan doktor tu. Lepas tu scan kat klinik satu lagi pun gender yang sama, Tapi nasib baik hati berkata doktor salah ni dan shopping pun beli baju warna yang selamat semuanya. Ni dah tahu gender  masa scan 3d memang nampak tayang cakap cukup bulan ni kena beli sikit lagi lah baju baby.
 
Dalam masa menunggu nak jumpa doktor tu cakap dengan tayang pergi kedai one baby world nak beli breastpump memang dah lama nak beli,tapi takut doktor panggil nasib baik ada kedai nursing @ mom tak silap saya lah sama baris dengan klinik umrah. Masuk kedai tu ada pula breast pump Unimom mezzo nak beli breastpump manual  dan murah je, saya kan dah jadi suri rumah sepenuh masa. Tak tahulah lepas bersalin nanti.
 



Ni lah dia breastpumpnya saya dah google kat internet ramai yang cakap ok guna yang ni. Saya belum tahu lagi ok ke tidak tunggu baby keluar nanti. Saya akan ceritakan berjaya ke tidak menggunakan breastpump unimom.
Harganya rm99, saya pernah lihat kat fb ada orang jual rm100 sekali pos laju mesti dia dapat lagi murah  harganya. Sekarang ni saya masih berfikir nak beli cooller bag satu set ke tidak.


Barang Baby lagi

 
Hari ni nak tunjukkan 1 je gambar napkins baby dengan topi. napkins ni beli kat tesco harga rm28.90 topi ni berharga rm7.90 bulan dengan nak pergi maydin pula nak shopping barang ibu
 

Ahad, 2 Jun 2013

Sarung Tilam Dah Siap

 
Alhamdulillah siap juga sarung tilam dengan sarung bantal baby, Tengah sibuk2 ambil upah menjahit baju pun masih ada masa jahit sarung tilam ni demi baby yang bakal lahir ibu sanggup buat apa sahaja.1 bantal ni nak hadiahkan pada mak angah yang telah selamat melahirkan baby boy.
 



Selasa, 21 Mei 2013

Storage Box

 
Sukanya dah lama mencari storage box yang besar dan murah Kebetulan pergi giant ada promosi pula 1 bekas ni rm10 besar pula tu saiznya 57(l)x36(w)x31(h) cm, belilah 2 sekali 1 bekas boleh letak baju baby 1 bekas lagi boleh letak mainan anis yang dah tak cukup tempat tu.Ikut kan hati nak beli bekas yang warna putih boleh nampak isi didalamnya tapi memandangkan harga yang tak berpatutan beli jelah yang ni. Motif  lainnya bila baju baby dah tak muat masuk dalam  bekas ni ada 1 lagi almari baju kanak-kanak , Bekas ni boleh aku susun dalam bilik stok untuk letak mainan anis barulah tersusun. Bulan depan mesti aku nak kena beli lagi 2 storage box ni,  bising lagilah tayang.
 
 
 


Isnin, 20 Mei 2013

Basuh Baju Baby

 
Sabun baju baby dah beli hari ni kita mendobilah pula sementara anis pergi sekolah bolehlah membasuh baju dengan hati yang senang tanpa ada ganguan oleh si anak dara yang sibuk tu. Semuanya ada 3 baldi tak delah banyak sangat hanya cukup-cukup je untuk menyambut orang baru. Ni guna cecair ABC dari jenama pureen letak sikit je tapi banyak buih.
 

Ni pula baju lama kakaknya punya, letak clorok sikit bagi putih dengan letak nila sikit.
 
Dalam baldi ni semuanya baju baru sakit pinggang membilas. Buat kerja ni  banyak rehat dari membilas nasib baik keringkan guna mesin tak delah sakit pinggang sangat

tak sempat nak tangkap gambar masa baju ni di jemur ingatkan nak tangkap  masa balik dari ambil anis dari sekolah. Tapi rupa-rupanya anis terlebih rajin dia dah angkat semua baju baby di ampaian tu tanpa aku suruh

Isnin, 13 Mei 2013

Expo Baby Mid Valley

 
Salam semua. Akhirnya pergi juga expo baby di mid valley dapat jugalah merasa kat situ tak de nak beli sangat sekadar nak lihat-lihat je harga dengan barang apa yang berkenan. Pergi hari ahad biasalah ramai Orang nak cari parkin pun dah setengah jam. masuk dalam tu ramainya manusia dah lah tempatnya tak berapa nak besar. Semuanya berasak-asak yang bawa stoller  tu ada yang terlanggar kaki.  Tengok juga breastpump avent tapi mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan org jual di online. Kali ni hanya beli 3 pasang baju 1 sabun baju dengan tuala fify tu je. Tak pelah lain kali boleh beli lagi. Tengok juga harga pampers huggis , pet-pet tak jauh bezanya dengan tesco.
Next shopping nak pergi maydin pula nak beli minyak-minyak mungkin maydin murah sikit kot