Isnin, 20 Mei 2013

Basuh Baju Baby

 
Sabun baju baby dah beli hari ni kita mendobilah pula sementara anis pergi sekolah bolehlah membasuh baju dengan hati yang senang tanpa ada ganguan oleh si anak dara yang sibuk tu. Semuanya ada 3 baldi tak delah banyak sangat hanya cukup-cukup je untuk menyambut orang baru. Ni guna cecair ABC dari jenama pureen letak sikit je tapi banyak buih.
 

Ni pula baju lama kakaknya punya, letak clorok sikit bagi putih dengan letak nila sikit.
 
Dalam baldi ni semuanya baju baru sakit pinggang membilas. Buat kerja ni  banyak rehat dari membilas nasib baik keringkan guna mesin tak delah sakit pinggang sangat

tak sempat nak tangkap gambar masa baju ni di jemur ingatkan nak tangkap  masa balik dari ambil anis dari sekolah. Tapi rupa-rupanya anis terlebih rajin dia dah angkat semua baju baby di ampaian tu tanpa aku suruh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan