Selasa, 28 Disember 2010

Nak Kencing Cakap 'Okey'

Kebanyakan ibu bapa tidak sabar menanti untuk melatih anak ke bilik air, iaitu langkah seterusnya perkembangan anak anda juga sebab untuk tidak memakai lampin lagi. Namun berapa ramai ibu bapa yang bersedia menghadapi tempoh yang diperlukan. Mungkin beberapa hari, namun biasa berbulan-bulan. Anda akan berjaya mengajarnya jika anda mengetahui asas latihan dan menjadikan proses ini berjalan dengan lancar.
1. Kesediaan anak. Kebanyakan ibu bapa mula melatih ketika anak berumur 2 tahun, namun ada anak-anak yang belum bersedia sehingga mereka berumur 4 tahun. Lihat tanda-tanda kesediaan anak anda.
- pembuangan najis yang tetap,
- dapat menarik seluarnya naik dan turun
- meniru habit ke bilik air contoh suka melihat anda ke bilik air, ingin memakai seluar dalam.
- Membuat demonstrasi fizikal ketika membuang seperti mencangkung atau memberitahu anda
- Ada perkataan untuk najis dan air kencing
- Boleh ikut arahan mudah seperti berikan saya mainan
- Faham tanda fizikal iaitu perlu memberitahu anda sebelum ia berlaku
- Tidak suka rasa berada dalam keadaan lampin kotor
- Berada dalam keadaan kering sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam iaitu menunjukkan otot pundi kencingnya telah mula kuat untuk menahan air kencing dan menyimpannya
- Menunjukkan keinginan untuk tidak bergantung

2. Beli barangan yang sesuai dengan anak anda. Contohnya kerusi ‘potty’ atau kerusi tanda khas yang boleh diletakkan di atas mangkuk tandas. Pastikan anak anda selesa dan stabil berada dia atasnya. Boleh juga belikan buku penerangan untuk menerangkan kepadanya

3. Buat rutin. Dudukkan anak anda dalam keadaan berpakaian di atas kerusi potty sekali sehari, contohnya selepas sarapan, sebelum mandi atau bila-bila dia ingin membuang. Ini adalah untuk membiasakannya. Jika dia tidak mahu tidak mengapa jangan paksa. Boleh cuba semula selepas beberapa minggu atau sebulan. Boleh cuba letakkan di tempat yang dia selesa. Tidak perlu terangkan mengapa buat demikian

4. Dudukkan anak anda dalam keadaan tanpa lampin. Biarkan dia biasa dengan keadaan ini. Ketika ini baru terangkan ini adalah cara ibu, ayah atau adik beradik lain lakukannya setiap hari. Jangan paksanya sehingga dia bersedia

5. Terangkan proses untuk menunjukkan kepada anak ke mana najis pergi. Bila dia membuang, bawa dia ke potty, dudukkan dia dan kosongkan lampin ke dalam mangkuk di bawahnya. Ini membantunya membuat kaitan antara duduk dan membuang. Selepas mengosongkan potty ke dalam tandas, biarkan di flush jika dia mahu. Ajar dia pakai baju sendiri dan basuh tangannya

6. Mendidik tidak bergantung pada lampin. Galakkan dia guna potty bila dia perlu. Pastikan dia tahu untuk memberitahu anda dan bawa dia ke bilik air bila dia inginkan. Jika boleh biarkan dia tidak memakai apa-apa sama ada lampin atau seluar dan letakkan potty berhampiran. Bagi tahu dia boleh gunakan bila dia nak dan ingatkannya sekali sekala jika dia perlukannya

7. Anda boleh cuba guna training pants. Ada anak sukakannya. Ia berbeza dari lampin. Atau boleh galakkan pakai seluar dalam

8. Anak anda akan beberapa kali secara tidak sengaja membuang, jangan marah atau hukum anak. Ototnya akan mengambil masa untuk biasa. Ajarnya gunakan potty untuk lain kali

9. Walaupun anak anda telah pandai pada siang hari, untuk waktu malam ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun untuk berlatih tidak memakai lampin di waktu malam. Badannya belum matang untuk membangunkannya tengah malam untuk ke bilik air. Anda boleh kurangkan anak anda minum air sebelum tidur. Anda boleh juga tinggalkan potty berhampiran katil anda.

Ibu ajar anis sebelum umurnya 2tahun. Baru sekarang dia pandai cakap nak kencing, itu pun  dah kira happy sangat. Ibu ajar hari sabtu @ ahad. Sekarang waktu siang anis dah tak payah pakai pampers lagi kecuali nak berjalan-jalan. Selepas ni nak ajar anis kencing waktu malam, mesti sangat mencabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan