Selasa, 21 Disember 2010

Tahun baru azam baru

Tak berapa lama lagi kita akan sambut tahun baru . Kepada sesiapa yang sudah bertekad dan jelas dengan apa yang dimahukannya, bolehlah menggunakan Tahun Baru  sebagai langkah permulaan untuk mengejar cita-cita. Kepada yang azamnya masih kelabu-kelabu asap, jangan bimbang , tingkatkan usaha.   Jadi sempat lagi untuk anda fikir masak-masak apa yang anda mahukan. :)


Ada orang suka menyalahgunakan nama “Azam” dan kemudian mengatakan sia-sia sahaja membuat azam, tak pernahnya jadi.

         Motivasi Kejayaan 1:
         Azam ibu mesti nak lagi berjaya dan kaya.dan juga nak lihat
         sicomel ibu berjaya dalam pelajaran.  
 Motivasi Kejayaan 2:
        Menjadi anak yang berjasa kepada orang tua. Nak ada bisnes sendiri
        dan bermacam-macam lagilah
       

       Bila anda berazam, anda at least buat sedikit tindakan ke arah untuk mencapai azam tersebut. Kalau berangan, hehe… sendiri mau ingatlah. :)

Dan ibu tahu ramai orang di luar sana yang takut dan tak yakin dengan konsep azam ini.  Sebenarnya, jika anda termasuk dalam golongan ini anda bukan tak yakin dengan konsep azam tapi anda tidak yakin dengan kemampuan anda sendiri untuk mencapainya.
Tips saya jika anda ada masalah kurang keyakinan diri ini:

1) Senaraikan kejayaan anda dan bersyukur mengenainya.
Ramai orang apabila diminta menyenaraikan kejayaan mereka, mereka akan listkan “Graduasi, Kahwin,blablabla…)
Itu bukan apa yang saya maksudkan! Itu bukan kejayaan, melainkan anda betul2 rasa itu kejayaan bagi anda.
Kejayaan ini tidak semestinya apa yang orang lain rasa kejayaan. Kejayaan boleh jadi berjaya apabila boleh mengira abc   itu dah kira kejayaan

Bersyukur dan appreciate walaupun kejayaan yang kecil.

Ingatlah kejayaan yang kita anggap kecil itu sebenarnya pada orang lain adalah kejayaan yang besar, bahkan bagi kita sendiri beberapa tahun yang lepas pun adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Jadi bila kita sudah mencapainya, bersyukurlah dan raikanlah.

2) Bila anda dah ada list kejayaan anda, barulah anda akan terasa “sedikit” hebat, positif dan sedikit termotivasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan