Sabtu, 26 Februari 2011

Minuman Berkarbonat Mudaratkan Si Kecil

Minuman berkarbonat ataupun soft drink memang cukup digemari kanak2. Rasanya manis dan ditambah perisa buah-buahan membuatkan ramai yang mengemarinya
Menurut laporan jurnal Gurney Dentistry, terdapat beberapa keburukannya, Kandungan gula yang tinggi antara faktor penyumbang kepada pereputan gigi kerana terdapat kandungan asid yang akan mengikis lapisan enamel (lapisan luar) pada gigi dan ia akan mereputkan gigi dengan begitu cepat.

Jadi tidak hairanlah jika masalah kerosakan gigi dikalangan kanak-kanak Malaysia begitu ketara sejak kebelakangan ni. Berdasarkan Kajian Epidermologi Kesihatan Pergigian Kebangsaaan (NOSHH) pada tahun 2007 terdapat 74.5 peratus kanak-kanak berusia enam tahun mengalami masalah gigi. Secara purata setiap kanak-kanak dikatakan mempunyai enam gigi berlubang.

Karies gigi merebak dengan cepat selagi kanak-kanak kerap mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi dan tidak menjaga kebersihan gigi. Selain itu, ia juga berpunca daripada sikap ibu bapa yang kurang mengambil berat terhadap pengambilan makanan tinggi gula termasuk minuman berkarbonat.
Selain kerosakan dan pereputan gigi, pengambilan minuman berkarbonat yang berlebihan juga akan menyumbang kepada masalah kesihatan terutamanya berlebihan berat badan atau obesiti yang akan akhirnya menjurus kepada gejala penyakit diabetes (kencing manis) dikalangan kanak-kanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan