Selasa, 8 Mac 2011

Jangan Gosok Gigi Selepas Makan

Jangan terus menggosok gigi selepas makan. Profesor Dr.Melanie Djamil, pakar Kesihatan gigi dan mulut Universiti Trisakti , Jakarta Indonesia, menjelaskan kandungan ph air liur akan menurun dari paras normal, 6.8 menjadi 4. Jumlah ph tersebut hanya akan kembali ke paras ph normal dalam masa 20 minit.
       Oleh sebab itu, perbuatan memberus gigi sebaik sahaja selepas makan akan merosakkan struktur air liur. Kerosakan tersebut akan memberi efek negatif kepada proses pencernaan. Ini kerana air liur berfungsi membantu menyeimbangkan dan melancarkan sistem pencernaan.
       Bagi mengelakkan nafas berbau selepas makan, individu digalakkan untuk berkumur dengan air putih terlebih dahulu. Selepas 20 minit, barulah anda dibenarkan menggosok gigi iaitu apabila paras ph telah kembali ke paras normal.

1 ulasan: