Sabtu, 27 Ogos 2011

Puding Gula Hangus

Semperna cuti hari ni, Barulah berasap dapur umah ni. Lagi pun nak tunjuk skill memasak puding boleh ke tidak, Jadi ke idak lau tak jadi biasalah tong sampah sedia menanti. Alhamdulillah Percubaan pertama menjadi sedap sangat. Wa... macamlah ai boleh rasa, Ni anislah cakap sedap ibu. Puding ni pun tak rasa telur sangat ai letak esin vanila. Gulanya pun tak hangus sangat sedang2 je.



Sepotong ni anislah habiskan, Ai pun tak sabar nak makan tunggu waktu berbuka nanti.

Ni resepinya
3 sudu gula di panaskan dalam loyang
7 biji telur
1/2 tin susu pekat (kat umah ada tu je)
1/2 cawan susu cair anis
1 sudu kecil esin vanila
1 cawan air
letaklah sedikit garam (ni saja je ai letak bagi lemak2 sikit)

* panaskan gula dalam loyangn apabila cair goyang2 bagi rata dalam loyang tu, biar gula tu keras
pukul telur masukkan susu dan air ai pukul guna tangan je, apabila dah sebati masukkan esin vanila garam. Tapis aduan tadi, masukkan kedalam loyang tadi, ai gula tapis teh je. Kalau tak tapis tekstur tak cantik.
dan bakar 45minit tunggu sejuk sikit barulah di terbalikkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan