Khamis, 25 Ogos 2011

Jalan2 Cari Baju Raya

Selamat pagi macam mana dengan persiapan hari raya, Dah siap ke belum. Persiapan kami sekeluarga biasa2 je, cuma anis je yang lebih sikit beli baju baru. Mak bapanya buat persiapan ala kadar je.
Masa ni kami berjalan ke tecso kuala selangor saja cari mood raya tengok baju2 yang berkenan.
Memang banyak yang berkenan di hati tapi duitnya yang tak berapa nak berkenan tu, Masuk dalam 1 butik ni memang cantik2 baju dia tapi mahalnya, 1 baju dah seratus lebih kalau nak beli 2 mahunya rm300 lebih, Sudahnya kita hanya cuci mata jelah

ni baju melayu kanak-kanak , ucu beli satu untuk anak buah

Dalam kedai ni baju2 murah sikit, Tengok kualiti kain, memang jauh berbeza dengan yang ada di kedai butik tadi.

Ni pula baju kanak2 memang gilalah bila melihatnya, cantik2 semuanya tapi tak beli pun, tengoklah nanti hari ahad ni nak jalan lag. Last shopping nak beli kuih raya sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan