Khamis, 15 Disember 2011

Luahan Seorang Wanita Yang Berstatus Menantu

Selama ni pun aku banyak bersabar, Diam, kalau mereka cakap pasal cucu kesayangan diorang. Selalu nak banding2kan anak aku dengan sorang cucu kesayangan diorang tu. Aku tahu sebagai menantu tak patut aku melawan cakap mereka, Tapi selama mana aku boleh mempertahankan kesabaranku ini, Sejak anis kecik lagi mereka suka bandingkan anak aku dengan cucu kesayangan diaorang. Aku tahu anak aku tak pernah tinggal kat kampung bersama mereka, lainlah kalau cucu kesayangan diorang tu selalu tinggal kat kampung, Kalau balik kampung sudah menjadi kemestianlah aku nak bergaduh dengan suamiku, disebabkan aku makan hati dengan mak bapak mentuaku. Aku hanya boleh tarik muka seribu je. Takkan aku nak bertegang urat dengan mentuaku. Diorang pun ibarat ibubapaku juga derhaka kalau melawan cakap mereka, Aku tahu mak bapa mentuaku baik orangnya tapi aku tak boleh tahan dengan sikap diorang yg selalu nak bandingkan cucu2nya. Aku pun sedar anak aku kulitnya kurang cerah, kurus kurang makan nasi tapi tinggi, kuat minum susu pun tetap kurus. Tapi anak aku comel kalau you all tak puji pun tak apa aku puji untuk anak aku.
Kalau boleh masa balik kampung tak nak bertembung dengan cucu kesayangannya diorang tapi selama mana tak bertembung sebab itupun kampung dia juga.Tapi aku rasa jiwa dan perasaan ku ini dah nak meletup je. Selama mana boleh aku bersabar ye. Tapi diorang lupa agaknya cucu yang lain, cubalah bandingkan anak aku dengan cucu yang lain, Sikit2 cucu yang itu je,
Kalau difikirkan balik perangai ku ini macam kanak-kanak. Sikit2 terasa. Oklah aku pun dah banyak keluarkan air mata sampai disini sahaja aku punya luahan perasaanku ni .

* Luahan Seorang Wanita Yang Berstatus Menantu

1 ulasan:

  1. assalam... salam perkenalan...
    saya juga bergelar menantu.. bru 2thn lebih jd menantu.. hehehehe... kita ni sama saja sbgai manusia mudah terasi hati, lagi2 klu pempuan.. bab nk terasa hati dgn mertua ni byk cara n keadaan cuma masing2 berbeza perangai.. so sama2 la kita saling berdoa moga keluarga kita happy slalu n diberkati.. kena byk bersabar laa.. (*_*)..v

    BalasPadam