Jumaat, 13 Januari 2012

Baju kurung Baru

Selamat petang, Hari ni mood nak tayang baju kurung anis pula. Hari tu ada  beli kain polkadot dekat jalan tar , Murah je kainnya dalam rm20 lebih sikit je, ingatkan nak buat hari raya. Tapi ayah dia yang tak sabar nak tengok anak dia pakai baju kurung. Terpaksalah suruh opah yang buatkan. kalau nak tunggu saya yang buat alamatnya raya nantilah baru siap, maklumlah ibunya bz semanjang.
Ingat lepas raya cina ni tak terjah lagi jalan tar nak beli kain untuk hari raya.

Malulah pula nak tangkap gambar selalunya kemain lagi, berpusing2 badan ambil gambar. Hari tu apa kes malu?



 Time ni pun tak nak bergambar susah betullah anak dara sorang ni.

2 ulasan: