Jumaat, 10 Ogos 2012

Kuih Raya

Jom menghangatkan dengan membuat kuih Makmur. Resepi yang sangat senang untuk dibuat, Pertama kali buat terus menjadi. Ni saya sertakan sekali dengan resepinya

Kuih Makmur
 500 gm tepung gandung* 1/2 kg tepung
 80 gm gula halus
 minyak sapi [ikut lembut boleh kepal] * sy beli 120g harga dlm rm5 lebih habiskan semua
 1 biji telur
 Bahan Inti
 300 gm kacang tanah
 70 gm gula halus *sy guna susu pekat jangan bagi inti tu berderai
 Gula icing [untuk salut kueh]

 Cara
 1. Gaulkan semua bahan doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
 2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
 2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula./ susu pekat
 3. Ambil doh dan leperkan.
 4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma.
 5. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak)
6. tunggu kuih sejuk sikit baru golekkan dalam gula aising

bersedia untuk dimasak

kuih dalam oven

Siap hanya dapat sy balang kecil ni je.
Inilah kuih saya selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan