Rabu, 29 Ogos 2012

Pergi Klinik Gigi

Hari ni kita bercerita pasal pergi klinik giginya. Kalau bercerita sahaja pasal cabut gigi, tampal mesti semua orang akan takut termasuklah saya. bergegar kepala lutut nak gi sana tambah lagi kalau baring kat kerusi tu, 
tak boleh nak diluahkan macam mana perasaan ketika tu. Masa seminggu nak raya gigi tayang sakit makan   daging sampai mengigil2 tengah malam, beli ubat boleh tahanlah  5,6jam lepas tu sakit balik. Ajak dia pergi klinik gigi sambil tu boleh tampal sekali gigi saya yang berlubang ni , mula2 kecil bila dah lama2 bertambah besar tak sakit pun. 
Balik kerja kul 5.30 petang terus pergi klinik nasib baik tak de orang mungkin bulan puasa, Saya tak puasa masa tu. Daftar sekejap terus doktor suruh masuk dan baring. Tayang pun siap masuk dalam bilik rawatan dia minta kebenarang pada doktor nak duduk kat dalam bilik tu. Ingatkan nak nangis bila doktor buat , Tapi tayang ada malulah sakit pun tahan .Masa tu malas nak fikir apa2 nak cepat2 siap. 
Doktor check ada 2 lubang, doktor suruh cuci sekali . tengok bajet tak cukup pula rugi pula rasanya tak bawa  duit banyak2 maklumlah masa tu nak raya .Biar sakit sekali je . charge 1 lubang rm45  tak boleh mintak kurang 2 lubang dah rm90 ubat tayang lagi. Kopaklah juga rm12+
Masa doktor buat tu tak pandang mata dia pun, saya tutup mata. Lubang bawah besar dari lubang atas, Atas tu kurang sikit kena mesin, Tapi terasa jugalah sampai ke kepala denyutannya, Lubang bawah tu lubang besar jadi doktor kena bersihkan betul2, sebab ada sisa makanan melekat jadi doktor korek. Nasib baik tak lama lebih kurang 10 minit 2 kali kumur2. Doktor check gigi tayang tak boleh nak cabut sebab giginya masih sakit apabila di ketuk. Lepas ni  ada chancelah nak gi cuci gigi . Sapa ada pengalaman cuci gigi sakit tak?
Nilah suasana dalam klinik gigi masa ni tak de orang pun




Tiada ulasan:

Catat Ulasan