Sabtu, 29 Disember 2012

Kurang Sihat

Dah lama rasanta tak update blog ni. Keadaan badan yang tak mengizinkan, sekejap ok sekejap tidak.Mabuk loya ni belum nak hilang lagi. Alhamdulillah dah 2 bulan. Pergi kerja dengn keadaan yang terpaksa sahaja. Kalau boleh Nak rehat kat rumah. Lepas makan nak muntah, bertahan juga jangan bagi muntah tapi tetap nak muntah balik.Balik rumah mandi lepas magrib memang baring jelah kerjanya tak boleh nak buat kerja lain.Selalunya tayng dah bungkus nasi untuk dia dengan anis makan, tak pun dia masak sendiri. Saya memang tak lalu makan waku malam.
Habis segala petua saya cuba tetap juga nak muntah salah satunya:
Makan biskut tawar: Lepas makan mesti nak muntah balik rasa macam ada makanan kat kerongkong je
Minum air suam: Dah tak boleh nak minum rasa pahit je
Makan asam: Kalau rasa nak muntah memang saya akan makan asam. Tapi muntah juga macam mana.Asam tu belum hadam lagi dalam perut dan nak muntah balik.lepas muntah badan memang tak larat, Rasa macam nak tidur, nak baring kalau kat rumah bolehlah buat semua tu tapi kat tempat kerja kena bertahan sapu minyak cap kapak banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan