Khamis, 17 Januari 2013

Buat Air soya





Semua orang tahukan air soya banyak khasiatnya terutama sekali pada ibu mengandung.Saya tak de lah suka sangat dengan soya ni sekali sekala je boleh minum. Hari ahad lepas pergi econsave sempatlah beli kacang soya yang belum di masak. Saja nak cuba buat sendiri apa rasanya .
 
Bermulalah projek buat air soya . Mula2 rendam semalaman dulu kacang soya, saya rendam 4 jam je.


Bila kacang soya dah kembang blenkan atau kisar sampai halus, dan tapis atau perah guna kain putih. Tak de pula gambar saya tengah perah kacang soya ni. Masa ni jangan letak gula dulu.

Dah tapis baru masak kat atas dapur. Kalau nak bagi bau wangi bubuhkan daun pandan dan letak gula agak- agak jangan manis sangat. Bila dah mendidih baru tutup api. Tapi saya buat tetap ada bau sikit . Tak tahulah kalau orang lain buat ada bau atau tidak.


 Siap boleh di minum di waktu air tu panas atau di sejukkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan