Jumaat, 3 Mei 2013

Perangai anak Sulung

 Betul orang cakap penat bekerja di office tak sama penatnya melayan anak sendiri dirumah. Sekarang anis pergi sekolah aku hantar balik aku ambil sepanjang hari dengan aku di rumah segala perangai , kelakuan yang tak boleh di buat di rumah nenek @ atuknya akan di buat dirumah bersama aku.Perangai anis pun boleh membuatkan aku hilang sabar. Aku rasa mungkin dia tahu nak dapat adik kot. Bangun pagi mesti aku kena berhati2 silap sikit merajuk menangis nasib baik anis rajin pergi sekolah, tu aku tak risau. Kalau ada mainan baru mesti nak di bawa kesekolah. Sampaikan anak patung kesayangan dia pun selalu dia angkut bawa kesekolah. Sekarang ni ada baju baby yang aku baru beli, Hari-hari dia bawa kesekolah  aku pun dah malas nak marah. Balik sekolah 1 hal lagi nak balik yang paling lambat sekali sama macam cikgu, Dia nak main dulu sebenarnya, Anis tak tahu yang ibunya ni risau. Kalau aku datang awal mulalah menangis masa tu juga bukan nya malu dengan kawan2 atau dengan cikgu suruh ibunya pakai kan stokinlah  pakaikan kasutlah.Aku pun malas nak cakap banyak pakaikan jelah kalau dulu aku kerja atuknya ambil kat rumah ,baru nak buat muka masam. Kalau aku ambil masa tu juga buat muka masam. Kalau duduk rumah ada je kerja dia nak buat cthnya tarik pokok cili aku, Sabarnya aku ni. Mak aku pesan jangan sesekali marahkan anak pukul anak sebabnya aku mengandung takut sakit nak bersalin nanti segala sakit anak yang kita buat sebelum ni datang balik pada kita. Itu pesannya. Pesan dari orang tua-tua
. Rasanya nak bersalin cepat2 biar berubah sikit perangai anis ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan