Khamis, 26 September 2013

Pengalaman Bersalin Bahagian 2

Cerita pengalaman bersalin pun ada bahagian-bahagiannya. Panjang sangat ke. Alhamdulillah perjalanan untuk sampai ke Hospital mengambil masa 40 minit sampai dalam pukul 9 malam. Sampai hospital terus pergi dewan bersalin pergi bahagian pendaftaran. Cauter kat situ siap tanya suami nak masuk  ke semasa isteri bersalin, terus tayang cakap nak tengok ini kali pertama dia dapat lihat, masa anis dulu bersalin di hospital klang.Nurse suruh tukar kain pink dan boleh masuk ke dalam, suami boleh tunggu kat tempat menunggu. Bila masuk ke dalam wad saya tengok punyalah ramai pesakit yang menunggu di atas kerusi sahaja. Bila ditanya bila sampai sini ada yang cakap 7 pagi tadi sampai sekarang belum dapat katil. Saya pun dah mula risau sakit saya pun dah mula on off sekejap ada sekejap tak ada. Jumpa tayang di ruang menunggu cakap dengan dia menyesalnya datang sini. Ramai yang belum dapat katil lagi. Yang kita ni baru datang takkan nak terus dapat katil. Dan-dan tu juga tayang ajak pergi hospital umra tapi nak buat macam mana buku pink dioarang dah ambil. Tak apalah tunggu je lah. Sedang saya tunggu dan berdoa supaya bersalin cepat tiba-tiba air ketuban pecah diatas bangku yang saya duduk bagitau dengan nurse. Nurse panggil nak check bukaan, cucuk jarum di tangan untuk memasukkan air, masa tu adalah seluk menyeluk oleh tangan perempuan india yang besar, sudah buka 4cm dan nurse cakap kalau dah 5cm boleh masuk labour room saya hantar sms pada tayang cakap sekejap lagi nak masuk labour room. Guard kat situ pun akan panggil suami-suami untuk masuk kedalam bila isteri nak bersalin.Saya masuk labour room  pukul 1 pagi. Diseluk tak tahu berapa kali, Tukar kain pink tak tahu berapa kali, air ketuban sentiasa keluar. Paling tak tahan letak tiub pada saluran air kencing. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sakit tak berapa sakit boleh tahan lagi, Tunggu punya tunggu sampaikan saya cakap nak tidur sekejap. Pukul 3.13am doktor perempuan datang check lagi seluk lagi sambil terang jalan tak buka sudah lama doktor cakap takut baby lemas. Masa tu juga saya kena sain borang untuk pembedahan kena salin tukar baju tudung buka klip rambut , anting-anting tak boleh pakai. Masa tu dah tak tahu nak fikir apa dalam otak ni kosong. Tiba-tiba tayang datang doktor cakap isteri awak ni akan di bedah anak pertama normal anak kedua ni bedah anak ke tiga boleh normal.Muka saya dah sememeh dah bila nampak tayang dia cakap tak apalah dah macam tu rezeki kita . Tayang keluarkan baju baby, Saya rasa dah tak sempat nak di bedah sebab saya dah sakit sangat kali pertama boleh tahan kali kedua cakap doktor saya sakit. doktor tengok kepala dah keluar dan suruh saya teran tayang usap rambut saya.  Teran 2,3 kali Maka   keluarlah baby mohammad tahqif di dunia ini. Kena jahit sakitnya jangan cakaplah bius hanya sekali. Selesai semuanya .Saya bersyukur sangat-sangat last minit jalan buka.Tayang masuk balik semasa proses jahitan tayang kena keluar sekejap siap semua tayang masuk balik doktor suruh bersihkan badan. Saya suruh tayang temankan saya masuk bilik air sekali. Masa tu mana boleh nak bongkok sangat semua tayang buat. Tak lama tu saya dapat katil siap pukul 5am baby datang tayang azankan dan saya suruh tayang balik rumah kat situ punyallah sejuk tambah lagi kat dalam labour room kepala lutut saya ni dah menggigil-gigil nasib baik bawa baju sejuk. Dan petangnya saya dibenarkan balik rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan