Rabu, 25 September 2013

Pengalaman Bersalin Bahagian (1)

Selamat pagi semua hari ni nak berkongsi pengalaman bersalin saya, Lagi 1 minggu lebih Due date saya 28.7.2013 ada buat check-up di hospital umrah doktor sarankan kena check jantung baby. Saya dah mula cuak sebabnya saya ada kencing manis doktor cakap kalau ada kencing manis tak boleh lewat-lewat kalau boleh seminggu awal, Lagi pun saya belum bersedia kalau masa tu keadaan baby tak ok saya kena masuk wad, pula oh tidak.  Bila doktor check keadaan semuanya ok normal tak payah check jantung baby. Saya seronoknya tak tahu nak cakap macam mana masa tu. Lepas seminggu tunggu punya tunggu tak juga sakit cadangnya nak pergi balik umrah bila di fikir sebab dah 2, 3 hari nak sampai due date takut kena paksa bersalin atau kena belah. Kita tunggu jelah biar sakit  datang semula jadi. Tibalah nuzul Al-quran cakap dengan tayang kan elok kalau bersalin hari nuzul al-quran jatuh hari jumaat.  Bangun tidur pada awal pagi terasa sakit sikit masuk bilik air macam ada darah tapi tak jelas kelihatan darah tu. Cakap dengan tayang dia cakap nak pergi hospital ke, Saya pun tak tahu, Saya fikir balik tak sakit sangat mesti lambat lagi minta berdoa banyak-banyak. Suruh tayang pergi kerja nuzul al-quran tayang kerja company cina mana ada cuti, Anis je cuti. Tayang pun risau dia serba salah nak kerja atau tidak saya yakinkan dia, kalau ada apa-apa saya call, lagi pun mak ayah rumah dekat je. Tayang pergi kerja saya tidur balik bangun pukul 9 am terasa perut sekejap sakit sekejap tidak saya pun takut juga. Saya cakap dengan anis jomlah kita pergi rumah opah ,ibu dah tak larat tak mandi anak beranak pergilah naik motor lagi tu, masih larat lagi. dan tunggu lah saya kat rumah mak @ ayah saya sampai petang tapi tayang sekejap-kejap call ok ke tidak bila dah petang tu tayang call lagi sekali saya cakap lepas berbuka ni jom lah kita terus pergi hospital. Sebelum balik belilah awak punya juadah untuk berbuka saya tak masak. Tayang balik ambil saya dengan anis  dekat rumah mak lepas berbuka dalam pukul 8 bertolak pergi hospital, Sebelum tu tinggalkan anis dulu kat rumah mak. Dalam perjalanan sempat juga cakap dengan tayang kalau bersalin malam ni hari nuzul al-quran kan elok. Kita sambunglah ke episod akan datang bila dah sampai ke hospital sungai buloh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan