Alhamdullilah jadi juga tilam baby ku ni dalam pembikinan hari sabtu hari tu buat siap semuanya tilam dengan bantal. Nanti saya akan kongsikan gambar bersama
Rabu, 13 Mac 2013
Selasa, 12 Mac 2013
Buat kek
Salam hari selasa semuanya, Semalam hari isnin saya cuti saya minta cuti, Untuk melepaskan tension dalam kepala otak ni dengan kerja kat office yang bertimbun.Siap semalam hantar anis pergi sekolah , saya pun
apalagi mulakan lah projek membuat kek ni. Bahan-bahan nya pun mudah didapati.
Resepi ni saya ambil dari internet juga tapi ada olah sikit2 sebab barang kat dapur ada yang tak cukup
Bahan-bahan
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula aising
2 biji telur
1/2 cawan air panas
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 susu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan susu segar yang ni saya tak ada saya masukkan susu ducth lady coklat
garam sikit
1/3 cawan koko
saya ada koko sikit je jadi saya tambah milo
Cara masak
pukul telur dan gula hingga kembang, Pastikan gula hancur Masukkan tepung+ baking powder+ soda bikarbonat+garam.Kacau rata masukkan koko, milo minyak masak susu dan kacau lagi. Aduanan memang lembiknya puan-puan Boleh kukus atau pun bakar ikut cita rasa masing2.Saya letak aduanan dalam sarang kecil2 macam dibawah ni supaya cepat masak hanya 15 minit je dan senang anis nak makan terus masuk dalam mulut je. Sapa rajin boleh buat topping nya saya tak rajin nak buat topping barang kat dapur tak cukup, Sedap juga macam ni.
Kalau nak buat macam ni kena rajin, Nak tuang satu, satu
.Ni sebahagian kek yang dah siap. Boleh dimakan Saya ada juga masukkan dala loyang keknya pun tak melekat pada loyang ok je bila diterbalikkan pada pinggang.
Selamat mencuba
Selasa, 5 Mac 2013
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2014/2015
Selamat pagi semuanya, Hari ni nak share, Pada anak-anak yang lahir pada tahun 2007 dan 2008, pendaftaran untuk masuk darjah 1 dah dibuka bermula 1/3/2013 sehingga 30/4/2013. Ni untuk anak-anak yang akan bersekolah di negeri Selangor sahaja.
Anis akan masuk tahun 2015 ibunya tengok sibuk untuk mengisi borang online untuk kemasukan darjah 1 anis. Kat office ada sorang lagi amoi cina yang anak dia akan masuk tahun 1 tahun 2015 masing2 tengah sibuk mengisi borang, Photostat sijil yang perlu.
Di sini saya sertakan Linknya sesiapa yang belum daftar silalah merajinkan diri untuk daftar untuk anak anda
Anis akan masuk tahun 2015 ibunya tengok sibuk untuk mengisi borang online untuk kemasukan darjah 1 anis. Kat office ada sorang lagi amoi cina yang anak dia akan masuk tahun 1 tahun 2015 masing2 tengah sibuk mengisi borang, Photostat sijil yang perlu.
Di sini saya sertakan Linknya sesiapa yang belum daftar silalah merajinkan diri untuk daftar untuk anak anda
Isnin, 4 Mac 2013
Buat Kuah Rojak
Cuti hari ahad semalam, pergi rumah mak belajar buat kuah rojak, Dah beli bahan2nya tinggal mak ajarkan je macam mana nak buat , Alhamdulillah dah tahu macam mana nak buat
Makan petang bersama rojak buatlah kita
Makan petang bersama rojak buatlah kita
Ni kuahnya kena kacau lama,
Siap kuah rojak bersama buah-buahan nya
Meja Belajar
Hari jumaat yang lepas pergi kedai perabot tengok meja belajar anis, Dah janji dengan anis nak belikan meja belajar, tapi belum ada masa nak cari, Khamis lepas hafday pergi check-up kat klinik terus pergi cari meja yang dijanjikan tu, Tapi masa ni anis tak ikut, Pergi kedai perabot yang biasa kami pergi kat kuala selangor ada jual meja belajar corak ben10, spiderman. pricess dengan angrybird harga pun ok tak mahal sangat tak murah sangat sedang2 je. Tak tahu nak pilih yang mana satu, masa ni pun tak bawa duit hanya cuci2 mata je. cakap dengan amoi cina tu esok kami datang bawa anak sekali.
Nilah gambar meja yang siap dipasang
Ni lah meja yang ada di kedai tu, Tunggulah pilihan anis nak pilih yang mana satu
Jumaat, 1 Mac 2013
Keputusan Kencing Manis
Baru hari ni nak bercerita pasal keputusan kencing manis. 2 minggu lepas saya kena minum air gula disebabkan anak pertama ada kencing manis. Alhamdulillah ok tu pun nurse cakap sipi2 je . kandungan 28 minggu kena minum sekali lagi.So nurse suruh minum air gula pada minggu ke 16 kandungan. Boleh kesan awal kalau ada kencing manis. Seminggu sebelum minum air gula saya memang diet makan. Nak tahu saya diet apa jom saya listkan apa yang saya makan
Sarapan pagi - Minum susu ,saya makan oat yang tak de rasa tu dengan air holick jangan campur gula sebabnya dah manis. Lepas tu makanlah kuih pedas2 sikit jangan kuih manis
Tengahari- Nasi separuh ikan banyak sayur pun banyak kalau boleh seminggu tu makan peria sahaja sebab orang cakap peria boleh mengstabilkan gula dalam darah.Minum air kosong banyak
Pukul 3.00 - makan lah buah-buahan yang masam sikit contohnya limau , Kiwi, delima, air kosong banyak
pukul 5.00- boleh makan kuih tapi tetap juga yang pedas
pukul 8.00- makan nasi , nasi tu biar sikit lauk dengan sayur banyak
malam kalau lapar- makan buah atau pun boleh bancuh milo @ air manis, @ susu
Susu saya minum yang law fatt punya , sebelum ni saya minum anmum, Tapi saya search kat internet ramai yang suruh minum yang law fatt bila ada kencing manis, Jadi saya minum HL Marigold, yogurt pun boleh, Air bliss betul keejaannya yang tutup dia warna biru jenama nestle.
Saya juga amalkan minum peria katak dengan epal hijau di kisar dan letaklah gula sikit selama 3 hari berturut2. Nanti kalau kena minum air gula lagi sekali kena minum lagilah air peria katak dengan epal hijau ni.
Lihat lah keputusannya sebelum minum 4.6 dan selepas minum air gula 7.4 sipi2 je. Nak kena.
Pillow Nusing
Selamat pagi semuanya hari ni nak tunjukkan pillow nursing yang dah siap dijahit oleh saya minggu lepas.
Paternnya saya download dari sini. Mula2 malas nak buat pillow ni, Kebetulan hari sabtu lepas kemas bilik terjumpa pula perca kain dengan fiber lebih2, terajin pula jahit pillow ni kain ni pun kain saya sambung2 nasib baik cukup. Lepas ni nak cari kain untuk buat sarungnya pula tak cantik pula kalau tak ada sarung nampak cantuman kain. Tapi kalau nak sedap lagi boleh guna kekabu, Yang ada kat rumah fiber je. Lepas ni nak buat bantal baby pula tunggunya
Langgan:
Catatan (Atom)








