Isnin, 4 Mac 2013

Meja Belajar


 Hari jumaat yang lepas pergi kedai perabot tengok meja belajar anis, Dah janji dengan anis nak belikan meja belajar, tapi belum ada masa nak cari, Khamis lepas hafday pergi  check-up kat klinik terus pergi cari meja yang dijanjikan tu, Tapi masa ni anis tak ikut, Pergi kedai perabot yang biasa kami pergi kat kuala selangor ada jual meja belajar corak ben10, spiderman. pricess dengan angrybird harga pun ok tak mahal sangat tak murah sangat sedang2 je. Tak tahu nak pilih yang mana satu, masa ni pun tak bawa duit hanya cuci2 mata je. cakap dengan amoi cina tu esok kami datang bawa anak sekali.
Nilah gambar meja yang siap dipasang


Ni lah meja yang ada di kedai tu, Tunggulah pilihan anis nak pilih yang mana satu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan