Selasa, 12 Mac 2013

Buat kek

Salam hari selasa semuanya, Semalam hari isnin saya cuti saya minta cuti, Untuk melepaskan tension dalam kepala otak ni dengan kerja kat office yang bertimbun.Siap semalam hantar anis pergi sekolah , saya pun
apalagi mulakan lah projek membuat kek ni. Bahan-bahan nya pun mudah didapati.

Resepi ni saya ambil dari internet juga tapi ada olah sikit2 sebab barang kat dapur ada yang tak cukup
Bahan-bahan

1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula aising
2 biji telur 
1/2 cawan air panas 
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 susu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan susu segar yang ni saya tak ada saya masukkan susu ducth lady coklat
garam sikit 
1/3 cawan koko 
saya ada koko sikit je jadi saya tambah milo

Cara masak
pukul telur dan gula hingga kembang, Pastikan gula hancur Masukkan tepung+ baking powder+ soda bikarbonat+garam.Kacau rata masukkan koko, milo minyak masak susu dan kacau lagi. Aduanan memang lembiknya puan-puan Boleh kukus atau pun bakar ikut cita rasa masing2.Saya letak aduanan dalam sarang kecil2 macam dibawah ni supaya cepat masak hanya 15 minit je dan senang anis nak makan terus masuk dalam mulut je.  Sapa rajin boleh buat topping nya saya tak rajin nak buat topping barang kat dapur tak cukup, Sedap juga macam ni.

Kalau nak buat macam ni kena rajin, Nak tuang satu, satu
 .

Ni sebahagian kek yang dah siap. Boleh dimakan Saya ada juga masukkan dala loyang keknya pun tak melekat pada loyang ok je bila diterbalikkan pada pinggang.
Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan