Jumaat, 21 Januari 2011

Demam



Balik kerja hari rabu hari tu,  Rasa badan anis demam, Lepas habis masak tengok anis tidur sekejap, Malam tu juga bawa anis pergi klinik takut tengah malam terjadi apa2 , Sampai klinik lebih kurang pukul 9.00pm doktor terus masukan ubat bontok, Doktor cakap deman biasa je, Malam tu anis tak merengek sangat ibu   lap dengan kain basah. Air asam jawa pun  ibu bagi juga.



 Pagi semalam ibu sepatutnya kerja tapi mintak mc tak sampai hati nak tinggalkan anis waktu dia demam ni, Ayahpun terikut sekali, Pagi semalam aktivitinya duduk dirumah. Anis  lepas makan ubat nak tidur je, So petang baru keluar,tengok anis pun dah sihat, kami pergi taman rekreasi setia alam



Ibu jarang pergi situ, Tengok ramai orang singgahlah sekejap, Taklah besar sangat taman tu tengah2 ada tasik ramai juga yang memancing. tapi tak nampak ikan pun



Bawalah anis jalan keliling tasik tu. boleh keluarkan peluh sambil tu suruh anis berlari,
Pagi tadi hantar anis rumah opah menangis2 tak nak, Anis cakap nak tidur lagi kadang-kadang tu kesian juga tapi nak buat macam mana ibu ni pergi kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan