Rabu, 19 Januari 2011

 Niat di hati nak pergi bank bayar duit kereta, So siap2 anis pun  bawalah harta karung  segala bear yang ada dirumah dengan basikal angkut masuk dalam kereta, Dia takut budak india ambil barang mainan dia. Sampai bank  nak u-turn  anis mengamuk2 tak kasi ayah buat u-turn dia suruh terus nak gi tesco, i pandai2 je tunjuk jalan, Dari dia mengamuk2 dalam kereta bawalah anis gi tesco nasib baik kat situ ada bank. Dalam seminggu entah berapa kalilah nak pergi kesitu. Agaknya kalau boleh nak tidur kat tempat permainan tu.

Bukan buat apa je kat tesco, tengok anis main, sukalah tu siap lompat kuda lagi, bawa duit syiling habis kat benda alah ni jelah kalau tak bagi mengamuk2 nanti kalau orang pandang malu pulak 

Perut ayah n ibu dah bernyanyi-nyanyi,ingatkan nak makan nasi dari pagi tak kena nasi tunggu anis lambat sangat, beli jelah burge yang ada dekat kfc tu 


ingatkan tak lapar rupanya dah kebuluk roti burge tu boleh dihabiskan, makan lah anak ku,
balik pun dah hampir pukul 11.pm baring2 anis minum susu, anis panggil ayah, ayah, ayah nak pergi tesco,Ibu tak tahu ayah jawab apa ibu dah pura2 tidur.

1 ulasan:

  1. anak kecil suka sangat nak naik kete musik tue kan

    BalasPadam